Tentang Kami

Hasrat penubuhan Ma'ahad Tahfiz Ismail (MTI) dicetuskan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail pada tahun 2011 sewaktu beliau mula-mula bercadang untuk membina Masjid Puncak Alam. Pembinaan masjid telah siap pada 16 Jun 2014.
YBhg. Tan Sri Rozali Ismail juga berhasrat dengan penubuhan ini akan dapat membina masyarakat hafiz Al Quran yang kemudiannya berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang, seimbang dan berintegriti untuk membantu masyarakat keseluruhannya.
Pada 10 Julai 2015, Puncak Niaga telah mewakafkan Kompleks Masjid dan seluruh pentadbirannya beserta tanah kepada Perbadanan Wakaf Selangor.
Ma'ahad Tahfiz Ismail (MTI) beroperasi pada 16 Januari 2016 dengan kapasiti pelajar seramai 30 orang bagi pengambilan pertama bagi sesi tahun 2016.
Masjid Puncak Alam dan Perbadanan Wakaf Selangor telah bersetuju supaya Corporate Line Sdn Bhd membiayai segala perbelanjaan mengurus dan mentadbir Ma'ahad Tahfiz Ismail.
JAIS telah memberikan kelulusan tetap operasi Ma’ahad Tahfiz Ismail sehingga 31 Disember 2025 seperti berikut :

No Perakuan Pendaftaran : 13S(8)10/60
Kod Sekolah : BZH3021

Kemudahan

MA'AHAD TAHFIZ ISMAIL
معهد تحفيظ اسماعيل
Ma'ahad Tahfiz Ismail
Jalan 5, Felda Bukit Cerakah, 41050 Klang, Selangor
012-680 1495 (HR)
maahadtahfizismail@gmail.com
/maahadtahfizismail
Hakcipta Ma'ahad Tahfiz Ismail